Seorang rakyat Palestin terbunuh, 15 lagi cedera

Tentera Israel melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan di sempadan Gaza pada Khamis, hingga mengorbankan seorang rakyat Palestin dan mencederakan 15 yang lain. - Foto Reuters
Tentera Israel melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan di sempadan Gaza pada Khamis, hingga mengorbankan seorang rakyat Palestin dan mencederakan 15 yang lain. - Foto Reuters
A
A
A

GAZA - Tentera Israel melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan di sempadan Gaza pada Khamis, hingga mengorbankan seorang rakyat Palestin dan mencederakan 15 yang lain.

Kementerian Kesihatan Gaza memaklumkan, pasukan tentera menggunakan peluru hidup dan gas pemedih mata terhadap penunjuk perasaan ketika mereka berkumpul di sempadan wilayah timur Gaza, lapor Agensi Anadolu.

Ahmed Mustafa Salih, 26 tahun dari Kem Pelarian Jibaliya wilayah utara Gaza terbunuh akibat terkena tembakan.

Kanak-kanak dilaporkan antara 15 yang cedera.

Berkumpul di bawah gerakan 'unit night confusion' bagi hari keenam, pemuda Palestin mengadakan tunjuk perasaan membantah sekatan Israel, bertindak membakar tayar kereta dan melemparkan bom bunyi di beberapa sempadan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!