Pelayang terbaik dunia berada di Terengganu
Penganjur festival, Mohd Glen Abdullah berkata, kedua mereka adalah daripada 58 peserta dari 10 negara yang terlibat dalam acara yang berlangsung selama empat hari bermula Khamis hingga esok (Ahad), di pantai Batu Burok, di sini.
Menurutnya, festival itu diadakan bagi mengembalikan semula nostalgia layang-layang dan wau yang sinonim dengan negeri ini.
"Difahamkan acara begini telah 18 tahun tidak dianjurkan di negeri ini dan ini adalah pilot projek bagi memastikan ia termasuk dalam kalendar tahunan pelancongan Terengganu," katanya.
Bercerita mengenai pengisian menarik dalam festival ini, katanya, orang ramai berpeluang menyaksikan pelbagai replika layang-layang termasuk karakter kartun terkenal dengan saiz kira-kira 100 meter.
"Orang ramai turut berpeluang menyaksikan keindahan layang-layang berhias lampu diod pemancar cahaya (LED) selain memyaksikan peserta menampilkan kemahiran mengendalikan layang-layang.
"Kita harap usaha ini dapat diteruskan dalam kalendar pelancongan negeri tahun dengan sasaran penyertaan tidak kurang daripada 25 negara dengan 280 peserta," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!