PM Jepun Suga akan letak jawatan

Suga Yoshihide
Suga Yoshihide
A
A
A

TOKYO - Perdana Menteri Jepun, Suga Yoshihide tidak berhasrat untuk mencalonkan diri dalam pemilihan kepemimpinan Parti Liberal Demokratik (LDP) pada bulan ini, yang menunjukkan beliau akan melepaskan jawatan perdana menteri, lapor Xinhua memetik laporan NHK pada Jumaat.

Suga pada Rabu juga memutuskan untuk tidak membubarkan Dewan Perwakilan untuk pilihan raya dalam waktu terdekat, mengambil kira situasi Covid-19 yang teruk ketika ini dan mengatakan bahawa pemilihan kepemimpinan LDP yang dijadualkan pada 29 September tidak akan ditunda.

Sebilangan anggota parlimen LDP sebelum ini berpendapat Suga akan membubarkan Dewan Perwakilan pada pertengahan September bagi meraih kemenangan minimum dalam pilihan raya umum sebelum menghadapi lawan termasuk bekas Menteri Luar Fumio Kishida dalam persaingan kepemimpinan dalam parti. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!