Proses PRK Semenyih terkawal: Polis
KUALA LUMPUR - Keadaan keselamatan di seluruh kawasan sepanjang proses PRK DUN Semenyih adalah terkawal.
Dalam satu kenyataan ringkas malam tadi, Ketua Polis Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata dalam tempoh itu juga, pihaknya menerima tujuh laporan polis berkaitan kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya pada 8 malam hingga 8.30 malam Sabtu.
Pengundian awal pada Selasa lalu, menyaksikan peratusan keluar mengundi 78 peratus.
PRK DUN Semenyih adalah PRK keenam diadakan selepas PRU14 dengan PH menang di DUN Sungai Kandis pada 4 Ogos 2018, DUN Balakong dan DUN Seri Setia (8 Sept 2018) dan Parlimen Port Dickson (13 Oktober 2018).
BN menang di Parlimen Cameron Highlands (26 Jan lalu) dan di PRK DUN Semenyih (2 Mac).- Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!