Melaka akan putuskan kelonggaran rentas daerah malam ini

Keputusan kerajaan Melaka untuk benarkan rakyat negeri ini yang telah lengkap dua dos suntikan vaksin Covid-19 rentas daerah akan diputuskan pada sidang khas Covid-19 Negeri Melaka malam ini. - Foto 123FRF
Keputusan kerajaan Melaka untuk benarkan rakyat negeri ini yang telah lengkap dua dos suntikan vaksin Covid-19 rentas daerah akan diputuskan pada sidang khas Covid-19 Negeri Melaka malam ini. - Foto 123FRF
A
A
A

MELAKA - Rakyat negeri ini yang telah lengkap dua dos suntikan vaksin Covid-19 akan dibenarkan merentas daerah berikutan Melaka beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada Sabtu.

Exco Kesihatan dan Antidadah negeri, Datuk Rahmad Mariman bagaimanapun berkata, keputusan kebenaran itu bergantung kepada hasil sidang khas Covid-19 Negeri Melaka pada malam Jumaat.

Beliau berkata, perkembangan positif kadar vaksinasi di negeri ini yang telah mencapai 80 peratus bagi dos pertama dan 60 peratus lengkap dua dos mendorong Melaka berada di landasan betul apabila jumlah pesakit Covid-19 di hospital mula menurun.

"Aktiviti merentas daerah, sektor perhotelan, rumah inap desa dan juga sektor perniagaan yang terkesan akan dibuka semula, namun bergantung kepada sidang khas Covid-19 Negeri yang diadakan pada malam ini.

"Kita mengharapkan supaya lebih banyak sektor dibuka tetapi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sangat-sangat diperlukan.

"Kita tidak boleh alpa dan terlalu gembira dengan kelonggaran itu kerana kita masih lagi dalam memerangi pandemik Covid-19," katanya selepas menyempurnakan program Cabutan Bertuah Bulanan Pertama Kempen Van & Win di Seri Negeri di Ayer Keroh pada Jumaat.

Rahmad (dua dari kanan) memegang salah satu hadiah Cabutan Bertuah Bulanan Pertama Kempen Van & Win di Seri Negeri di Ayer Keroh pada Jumaat.
Rahmad (dua dari kanan) memegang salah satu hadiah Cabutan Bertuah Bulanan Pertama Kempen Van & Win di Seri Negeri di Ayer Keroh pada Jumaat.

Hadir sama ialah Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis dan Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan Melaka, Shaari Basiron.

Artikel Berkaitan:

Dalam perkembangan sama, Rahmad berkata, dua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega iaitu Stadium Hang Jebat dan Stadium Jasin sedia dibuka kepada individu bgi mendapatkan suntikan vaksin secara 'walk-in.'

Menurutnya, langkah itu dibuat memandangkan jumlah mereka yang datang di PPV bagi menerima vaksin mula berkurangan sejak PPV Mega dilaksanakan pada Isnin lalu.

"Untuk seluruh rakyat Melaka, kita buat tawaran kepada sesiapa yang mahu vaksin untuk terus 'walk-in' di salah satu PPV Mega itu.

"Bagi PPV lain, kita akan mengumumkan pada minggu hadapan. Ini supaya tidak berlaku pembaziran vaksin dan pembaziran tenaga kakitangan kesihatan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!