Keputusan harga siling kit ujian kendiri Covid-19 kekal
PUTRAJAYA - Kerajaan kekal dengan keputusan penguatkuasaan harga siling set kit ujian kendiri Covid-19 yang berkuatkuasa Ahad ini.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menegaskan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memilih untuk memihak kepada pengguna bagi mengurangkan beban yang ditanggung berikutan harga kit ujian kendiri yang tinggi.
"Saya faham ada pihak yang tidak berpuas hati tetapi kami memihak kepada pengguna dan keputusan telah dibuat," katanya dalam sidang akhbar di kementeriannya pada Jumaat.
Beliau berkata demikian bagi mengulas gesaan Persatuan Farmasi Malaysia (MPS) yang memohon penetapan harga runcit maksimum bagi set kit ujian kendiri Covid-19 dilanjutkan ke suatu tempoh bagi membolehkan stok sedia ada dijual pada harga semasa sehingga habis.
Khairy berkata, sekiranya tempoh masa diberikan, rakyat akan terkesan kerana terpaksa membeli kit ujian kendiri pada harga yang tinggi.
"Kalau nak bagi tempoh masa sebulan untuk 'clear' stok, yang terkesan adalah rakyat... mereka terpaksa bayar RM40," katanya.
AKAN MENYUSUL
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!