Varian Mu kini dikesan di Korea Selatan
SEOUL - Korea Selatan catat kes pertama melibatkan varian 'Mu' dalam tiga sampel pesakitnya, lapor agensi berita Yonhap.
Varian 'Mu' yang dikenal pasti berasal dari Colombia disahkan dijumpai dalam tiga sampel kes import termasuk dari Mexico, Amerika Syarikat dan Colombia, menurut Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA) pada Jumaat, tanpa memberi maklumat lanjut.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebelum ini mendedahkan varian Mu telah dikesan di 39 buah negara setakat ini dan dikategorikan sebagai varian yang membimbangkan sama seperti varian Alpha, Beta, Gamma dan Delta.
KDCA memaklumkan pihaknya akan terus memantau varian itu.- Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!