Ah Long Bangladesh dicekup

Dalang utama sindiket dikenali sebagai Ah Long Bangladesh turut ditahan dalam serbuan di sebuah premis kediaman di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, awal pagi Khamis.
Dalang utama sindiket dikenali sebagai Ah Long Bangladesh turut ditahan dalam serbuan di sebuah premis kediaman di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, awal pagi Khamis.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kegiatan ah long Bangladesh terbongkar dengan tertangkapnya dua lelaki termasuk dalang utama sindiket itu dalam serbuan di sebuah premis kediaman di Bukit Bintang, dekat sini awal pagi Khamis.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, dalam serbuan jam 1 pagi itu, kedua-dua suspek yang merupakan warga Bangladesh enggan memberi kerjasama malah cuba melarikan diri.

"Pasukan operasi terpaksa memecahkan pintu premis untuk melakukan pemeriksaan. Terdapat lima warga asing berada di premis berkenaan.

"Soal siasat terhadap penghuni rumah mendapati suspek utama yang dikenali sebagai Ah Long Bangladesh telah melarikan diri dengan melompat ke koridor rumah bersebelahan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Khairul Dzaimee berkata, pasukan operasi berjaya menemui suspek yang bersembunyi di tingkat tiga bangunan bersebelahan.

Dalam pada itu, menurut beliau, modus operandi sindiket adalah dengan memberi pinjam dan kiriman wang kepada warga asing di sekitar ibu negara.

Sembilan pasport Bangladesh dan wang tunai berjumlah RM50,000 turut ditemui dalam serbuan di sebuah premis kediaman di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, awal pagi Khamis.
Sembilan pasport Bangladesh dan wang tunai berjumlah RM50,000 turut ditemui dalam serbuan di sebuah premis kediaman di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, awal pagi Khamis.

"Sindiket dipercayai aktif sejak setahun lalu dan menyasarkan warga Bangladesh sebagai pelanggan.

Artikel Berkaitan:

"Sindiket turut menubuhkan syarikat secara sah untuk mengaburi kegiatan mereka daripada pihak berkuasa," katanya

Sementara itu, sebanyak sembilan keping pasport Bangladesh dan wang tunai berjumlah RM50,000 hasil kegiatan tersebut ditemui dalam serbuan berkenaan.

"Turut ditemui beberapa kontrak penyewaan bangunan yang dipercayai digunakan untuk menjalankan kegiatan berkenaan," ujarnya.

Khairul Dzaimee berkata, kedua-dua suspek yang berusia 23 dan 41 tahun itu direman di Depot Imigresen Semenyih selama 14 hari di bawah Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63 untuk membantu siasatan.

"Kedua-dua suspek juga disiasat di bawah Akta Pasport 1950 (Akta 150) dan Akta Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001(Akta 613)," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!