Tetap bina klinik di Semenyih: Dzulkefly

Dzulkefly (lima, kiri) beramah mesra dengan sebahagian ibu bapa kanak-kanak yang menghidap penyakit jarang jumpa selepas merasmikan Acara ‘Run For Rare’ anjuran Malaysia Lysosomal Diseases Association (MLDA) bersama Kumpulan Sunway dan EC Pixels di Pusat Perubatan Sunway hari ini. - Foto Bernama
Dzulkefly (lima, kiri) beramah mesra dengan sebahagian ibu bapa kanak-kanak yang menghidap penyakit jarang jumpa selepas merasmikan Acara ‘Run For Rare’ anjuran Malaysia Lysosomal Diseases Association (MLDA) bersama Kumpulan Sunway dan EC Pixels di Pusat Perubatan Sunway hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

PETALING JAYA - Rancangan pembinaan sebuah lagi klinik kesihatan di Semenyih akan diteruskan seperti yang pernah dicadangkan biar pun keputusan PRK DUN Semenyih tidak memihak kepada PH, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata ia perlu direalisasi bagi memastikan penduduk di kawasan itu mendapat kemudahan perubatan kesihatan yang baik.

“Apa yang disebut oleh calon kami sebelum ini adalah sesuatu yang mustahak memandangkan Klinik Kesihatan di pekan Semenyih dan Beranang sudah uzur dan sesak.

“Saya yakin kami akan dapat lokasi tanah dan peruntukan daripada kerajaan negeri untuk menjayakan perkara ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Acara ‘Run For Rare’ di sini, hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak menetapkan anggaran masa berkaitan pembinaan klinik itu.

Sebelum ini, calon PH Muhammad Aiman Zainali dilapor menjadikan pembinaan hospital di Semenyih sebagai agenda utama jika menang PRK itu memandangkan ia adalah permasalahan paling banyak diutarakan oleh masyarakat setempat.

Bagaimanapun pada 25 Februari lalu, Dr Dzulkefly mencadangkan pembinaan sebuah lagi klinik kesihatan oleh kerana dua klinik di pekan Semenyih dan Beranang tidak boleh diperluaskan kerana kekangan tempatselain penambahbaikan fasiliti Hospital Kajang yang merupakan hospital terdekat di Semenyih.

ARTIKEL BERKAITAN: Semenyih BN punya!

Artikel Berkaitan:

Semalam, keputusan PRK Semenyih menyaksikan kemenangan BN apabila berjaya menawan semula kerusi DUN Semenyih selepas calonnya, Zakaria Hanafi memenangi persaingan empat penjuru pada PRK kawasan itu dengan memperoleh 19,780 iaitu majoriti 1,914 undi.

Zakaria menewaskan calon PH Muhammad Aiman Zainali, yang memperoleh 17,866 undi, Nik Aziz Afiq Abdul, 25, daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM) (847 undi) dan calon bebas yang juga seorang aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng, 56, (725 undi). - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!