Mangsa banjir di Sabah terus meningkat kepada 96 orang

Sehingga pagi Sabtu, selain Beaufort, Sipitang dan Penampang, sebanyak tiga lagi daerah dilanda banjir iaitu Kota Kinabalu, Tuaran dan Keningau. - Foto Bernama
Sehingga pagi Sabtu, selain Beaufort, Sipitang dan Penampang, sebanyak tiga lagi daerah dilanda banjir iaitu Kota Kinabalu, Tuaran dan Keningau. - Foto Bernama
A
A
A

KOTA KINABALU - Mangsa banjir di negeri ini terus meningkat kepada 96 orang daripada 31 keluarga setakat 8 pagi ini, berbanding 68 orang daripada 21 keluarga malam Jumaat.

Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan, 78 mangsa daripada 26 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan DSP DUN Banir di Beaufort, manakala 15 mangsa daripada empat keluarga dipindahkan ke PPS Dewan Mini Mesapol, Sipitang.

Menurut kenyataan itu, seramai tiga mangsa daripada satu keluarga dari Kampung Kolopis, Penampang dipindahkan ke PPS Rumah Kelab Kompleks Sukan di Penampang yang baru dibuka malam Jumaat.

“Sehingga pagi ini selain Beaufort, Sipitang dan Penampang sebanyak tiga lagi daerah dilanda banjir iaitu Kota Kinabalu, Tuaran dan Keningau bagaimanapun tiada mangsa manjir dipindahkan di daerah itu setakat pagi ini.

“Banjir berlaku akibat hujan lebat di sekitar pantai barat Sabah beberapa hari ini dan Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan lebat dijangka terus berlaku sehingga hari ini,” menurut kenyataan itu. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!