Enam maut dalam kebakaran kilang di China

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

HANGZHOU - Enam orang disahkan maut dalam kebakaran di sebuah kilang di wilayah Zhejiang, timur China, kata pihak berkuasa tempatan pada Sabtu.

Kebakaran berlaku kira-kira 4 petang Jumaat di syarikat pembuat span di Jiashan County, lapor Agensi Berita Xinhua.

Pihak yang bertanggungjawab mengendalikan syarikat itu telah ditahan polis.

Punca kebakaran sedang disiasat. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!