Jangan cemas nampak pesawat terbang rendah: TUDM

TUDM melaksanakan latihan dan demonstrasi keupayaan operasi khas di kawasan Pantai Hiburan dan sekitar Kuala Rompin bermula Sabtu hingga 8 September depan. (Gambar hiasan) - Foto Bernama
TUDM melaksanakan latihan dan demonstrasi keupayaan operasi khas di kawasan Pantai Hiburan dan sekitar Kuala Rompin bermula Sabtu hingga 8 September depan. (Gambar hiasan) - Foto Bernama
A
A
A

KUANTAN - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengingatkan orang ramai supaya tidak cemas melihat beberapa pesawat terbang rendah susulan pihaknya sedang membuat latihan.

Bahagian Perhubungan Awamnya memaklumkan, TUDM melaksanakan latihan dan demonstrasi keupayaan operasi khas di kawasan Pantai Hiburan dan sekitar Kuala Rompin bermula pada Sabtu hingga 8 September depan.

"Sepanjang latihan dijalankan, pesawat-pesawat pejuang dan helikopter TUDM akan melaksanakan penerbangan rendah serta membuat penerbangan taktikal bagi latihan demonstrasi keupayaan khas tersebut.

"Orang ramai dinasihatkan tidak cemas dan risau sekiranya melihat pesawat-pesawat TUDM terbang rendah atau sekiranya terdengar bunyi letupan serta tembakan senjata api sepanjang tempoh latihan," menurut kenyataan tersebut, pada Sabtu.

Latihan itu diadakan oleh TUDM bagi memastikan keupayaan dan kesiapsiagaan pasukan sentiasa berada di tahap terbaik khususnya dalam melindungi kedaulatan ruang udara negara.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!