Mancini mahu Azzurri lebih fokus

Pemain Itali, Federico Chiesa (kanan), cuba melepasi kawalan pertahanan Bulgaria pada perlawanan berkenaan. - Foto Reuters
Pemain Itali, Federico Chiesa (kanan), cuba melepasi kawalan pertahanan Bulgaria pada perlawanan berkenaan. - Foto Reuters
A
A
A

PENGENDALI Itali, Roberto Mancini mahu skuad kendaliannya itu lebih fokus ketika berdepan Switzerland pada Isnin dalam usaha mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu Kumpulan C Kelayakan Piala Dunia 2022, Eropah.

Menurut Mancini, kegagalan skuad juara Euro 2020 itu untuk kekal fokus pada telah menyebabkan mereka gagal meraih tiga mata berharga apabila diikat Bulgaria 1-1 di gelanggang sendiri pada Jumaat.

“Pemain kita dilihat banyak mencipta peluang pada perlawanan dengan Bulgaria; namun dalam bola sepak apa sahaja boleh berlaku.

“Jika kita menjaringkan gol pendahuluan bukan bermakna kita berada dalam keadaan selesa dan itulah berlaku apabila Bulgaria berjaya menjaringkan gol penyamaan.

“Oleh itu, pemain diharap lebih fokus kali ini (berdepan Switzerland), untuk memastikan kita tidak lagi kehilangan mata ketika berdepan Switzerland dan apa yang lebih penting adalah untuk memastikan kita dapat menurunkan pemain yang terbaik selain dapat melakukan serangan ke gawang lawan dengan lebih teratur,” katanya.

Pada perlawanan berkenaan Itali membuka jaringan menarusi Federico Chiesa pada minit ke-16 sebelum pemain Bulgaria, Atanas Lliev, menjaringkan gol penyuamaan pada minit ke-39.

Mengulas aksi berdepan Switzerland, Mancini berkata, skuad Azzurri itu dijangka menerima tentangan sengit pada perlawanan berkenaan.

Katanya, Switzerland juga sering menjadi lawan yang sukar buat Itali hingga membuatkan mereka perlu bekerja lebih keras ketika berdepan antara satu sama lain.

Artikel Berkaitan:

“Untuk berjaya, Itali perlu lebih klinikal selain mengetahui apakah tindakan yang akan dilakukan dalam usaha mengekang asakan lawan.

“Selain itu, kami juga menyasarkan untuk mencatatkan rekod 35 perlawanan tanpa kalah musim ini,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!