Pengecualian cukai kepada penyumbang tabung PIBG

Azran Deraman
Azran Deraman
A
A
A

JELI - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) disaran mempertimbangkan pengecualian cukai terhadap ibu bapa yang menyumbang ke tabung Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG).

Pengerusi Pertubuhan Muafakat Harapan Malaysia (Muafakat) Kelantan, Azran Deraman berkata, pihaknya percaya usaha itu antara pendekatan yang dapat membantu menyelesaikan isu berkenaan.

"Masalah dana PIBG perlu ditangani dengan baik supaya semua perancangan untuk memperkasa pendidikan anak-anak dapat dilaksanakan sebagaimana dirancang.

"Kita harap KPM dapat mempertimbangkan cadangan pelepasan cukai sehingga RM200 kepada ibu bapa yang menyumbang ke tabung PIBG sebagai galakan untuk mereka," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agong PIBG dan Penyampaian Duit Bantuan Persekolahan di Sekolah Kebangsaan Ayer Chanal di sini.

Azran berkata, walaupun yakin ibu bapa tidak pernah mengharapkan balasan terhadap apa yang disumbangkan, namun setidaknya usaha dan komitmen mereka untuk membantu itu dihargai dengan cara sepatutnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!