Harga siling kit ujian Covid-19: Kerajaan beri tempoh seminggu

Kerajaan bersetuju memberi tempoh penangguhan selama seminggu kepada peniaga dan pengusaha farmasi untuk menghabiskan stok sedia ada kit ujian kendiri Covid-19 bermula Ahad. Gambar hiasan
Kerajaan bersetuju memberi tempoh penangguhan selama seminggu kepada peniaga dan pengusaha farmasi untuk menghabiskan stok sedia ada kit ujian kendiri Covid-19 bermula Ahad. Gambar hiasan
A
A
A

KUALA BERANG - Kerajaan bersetuju memberi tempoh penangguhan selama seminggu kepada peniaga dan pengusaha farmasi untuk menghabiskan stok sedia ada kit ujian kendiri Covid-19 bermula Ahad.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid berkata, tempoh seminggu itu diharap dapat meminimumkan kerugian kepada peniaga dan pengusaha farmasi.

"Kami faham mereka pun beli dengan harga lebih daripada RM16 dan RM19, jadi masa seminggu itu kami beri mereka habiskan stok sedia ada agar tidak menanggung kerugian besar apabila harga siling berkuat kuasa.

"Pemantauan oleh KPDNHEP tetap dijalankan bermula esok, cuma tindakan undang-undang hanya akan diambil sekiranya peniaga dan pengusaha farmasi menjual lebih daripada harga siling selepas tempoh seminggu tamat," katanya selepas melawat projek ikan air tawar generasi kedua Felda Bukit Bading, di sini pada Sabtu.

KPDNHEP menetapkan harga runcit maksimum bagi setiap set kit ujian kendiri Covid-19 pada harga RM19.90 manakala harga borong RM16 berkuat kuasa Ahad dan tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Individu yang menjual melebihi harga maksimum boleh didenda mahkamah sehingga RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000 manakala bagi syarikat, boleh didenda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Harga kit ujian kendiri Covid-19 dikawal mulai Ahad ini

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!