Syabas Liek Hou sumbang emas kedua buat Malaysia: PM

Atlet badminton paralimpik negara, Cheah Liek Hou memenangi pingat Emas kedua buat kontinjen negara setelah berjaya menewaskan lawannya dari Indonesia Dheva Anrimusthi pada perlawanan akhir kategori SU5 temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020 di Yoyogi National Stadium pada Sabtu. - Foto Bernama
Atlet badminton paralimpik negara, Cheah Liek Hou memenangi pingat Emas kedua buat kontinjen negara setelah berjaya menewaskan lawannya dari Indonesia Dheva Anrimusthi pada perlawanan akhir kategori SU5 temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020 di Yoyogi National Stadium pada Sabtu. - Foto Bernama
A
A
A

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merakamkan ucapan syabas kepada jaguh badminton negara, Cheah Liek Hou yang telah menyumbangkan emas kedua kepada Keluarga Malaysia pada temasya Sukan Paralimpik Tokyo, pada Sabtu.

Menerusi catatan di Facebook rasminya pada Sabtu, beliau berkata, prestasi dipamer juara dunia enam kali itu adalah amat menakjubkan.

“Pingat emas buat Malaysia! Atlet paralimpik terus menyumbangkan pingat kepada negara,” katanya.

Perdana Menteri berkata, semangat dan kecekalan dipamer atlet paralimpik negara menjadi inspirasi buat seluruh warga Keluarga Malaysia.

Liek Hou, pemain nombor dua dunia, menjadi pemenang pingat emas badminton yang pertama di Sukan Paralimpik, selepas menewaskan pemain Indonesia, Anrimusthi Dheva, 21-17, 21-15 pada perlawanan akhir perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal), di Yoyogi National Stadium.

Dengan kemenangan itu, Malaysia kini mempunyai dua pingat emas selepas emas pertama dimenangi atlet powerlifting, Bonnie Bunyau Gustin dalam acara lelaki 72 kilogram (kg) pada 28 Ogos.

Selain itu kontinjen negara juga memperoleh dua pingat perak menerusi rakan sepasukan Bonnie, Jong Yee Khie dalam acara 107kg pada Isnin (30 Ogos) dan Chew Wei Lun dalam sukan boccia individu campuran BC1 (kecacatan fizikal) pada Rabu (1 September). - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!