Abdul Latif sumbangkan emas ketiga negara

Atlet lompat jauh paralimpik negara Abdul Latif Romly. - Foto Bernama
Atlet lompat jauh paralimpik negara Abdul Latif Romly. - Foto Bernama
A
A
A

ATLET lompat jauh para negara, Abdul Latif Romly meraih pingat emas ketiga negara apabila memenangi acara lompat jauh lelaki T20 pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 pada Sabtu.

Atlet kelahiran Perlis berusia 24 tahun itu, mencatatkan lompatan terbaiknya pada lompatan kedua apabila mencatatkan 7.45 meter (m).

Walaupun lompatan keempatnya dibatalkan, Abdul Latif mencatat 7.26 (m) bagi lompatan pertama, 7.45 m (lompatan kedua), 7.24 m (lompatan ketiga) dan 5.56 m (lompatan kelima).

Abdul Latif yang juga pemegang rekod dunia dengan lompatan 7.64 meter (m) dan juga rekod Paralimpik dengan lompatan 7.60 m yang dicatatkannya pada Paralimpik Rio 2026 lalu, bagaimanapun menarik diri daripada meneruskan acara berkenaan pada lompatan keenam.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!