SPRM tahan tiga warga India cuba rasuah polis

No Image Caption
A
A
A

JOHOR BAHRU - [DIKEMAS KINI] Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Sabtu menahan tiga lelaki warga India yang dipercayai memberi rasuah berjumlah RM2,900 kepada anggota polis supaya tindakan tidak diambil ke atas mereka selepas melanggar peraturan.

Menurut sumber, ketiga-tiga individu berusia lingkungan 30-an hingga 40 tahun itu bertugas di Pelabuhan Tanjung Pelepas dan ditahan pada jam 3.30 petang di pejabat SPRM di sini bagi membantu siasatan.

"Hasil siasatan mendapati seorang daripada mereka telah memberi wang tersebut kepada anggota polis supaya tidak diambil tindakan kerana kesalahan melanggar Peraturan Pelan Pemulihan Negara 17(1) Peraturan-peraturan dan Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit,” katanya.

Menurut sumber itu, kesemua suspek ditahan kerana berkumpul.

Tambah sumber itu, kes disiasat mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan perkara itu. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!