Bekas penyewa tinggalkan 19 labah-labah, ular sawa dalam apartmen

Sebanyak 19 ekor labah-labah tarantula dan seekor ular sawa ditemui di sebuah unit apartmen di Amerika Syarikat baru-baru ini. - Foto Facebook/Drew Desjardins
Sebanyak 19 ekor labah-labah tarantula dan seekor ular sawa ditemui di sebuah unit apartmen di Amerika Syarikat baru-baru ini. - Foto Facebook/Drew Desjardins
A
A
A

LEWISTON - Seorang pemilik sebuah unit apartmen di Auburn, Maine menemui sebanyak 19 ekor labah-labah besar dan seekor ular sawa yang ditinggalkan oleh penyewanya sebelum ini.

Pemilik apartmen yang terkejut besar itu kemudian bertindak menghubungi seorang penyelamat haiwan terkenal, Drew Desjardins untuk memindahkan kesemua haiwan tersebut.

Kesemua haiwan itu ditemui oleh tuan punya unit apartment tersebut ketika dia membuat pemeriksaan pada Rabu lalu.

Desjardins dilaporkan sebagai berkata, sebanyak empat daripada 19 labah-labah besar tersebut sudah mati.

Dia juga berkata, seekor ular sawa jenis ball itu dibiarkan hidup tanpa bekalan air minuman.

Desjardins menyatakan dia kemudian membawa semua haiwan tersebut yang masih hidup ke rumahnya.

Labah-labah tarantula dan ular sawa ball haram untuk dijadikan haiwan peliharaan di negeri Maine menyebabkan semua haiwan yang ditemui itu dipercayai akan ditempatkan semula di sebuah lokasi lain.

Nama tuan punya apartmen itu tidak didedahkan dan setakat ini tidak diketahui apa bentuk tindakan yang akan diambil olehnya ke atas bekas penyewanya itu. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!