Mayat dibersih dan dibawa bersiar-siar

Ritual 'Manene' diamalkan oleh etnik di Baruppu sebagai penghormatan kepada nenek moyang mereka. - AFP
Ritual 'Manene' diamalkan oleh etnik di Baruppu sebagai penghormatan kepada nenek moyang mereka. - AFP
A
A
A

MAKKASAR - Setiap tiga tahun di penghujung bulan Ogos, masyarakat di Toraja Utara, Sulawesi Selatan akan membersihkan mayat ahli keluarga mereka sebelum dipakaikan baju baharu dan dibawa bersiar-siar.

Ritual dikenali sebagai ‘Manene’ itu telah diamalkan oleh masyarakat berkenaan sejak berdekad lamanya terutama selepas musim menuai.

Upacara itu diamalkan oleh etnik minoriti di Baruppu dan mereka percaya jika ritual ‘Manene’ tidak dilakukan pada masa yang ditetapkan, sawah padi serta ladang mereka akan diserang tikus dan haiwan perosak yang lain.

Menurut penduduk tempatan, kisah ritual ‘Manene’ bermula ketika seorang pemburu haiwan yang bernama Pong Rumasek datang memburu ke Toraja Utara.

Ketika tiba di wilayah berkenaan, Pong Rumasek telah menemui satu mayat terbiar.

Seorang gadis bergambar dengan mayat-mayat yang dikumpulkan di rumah adat Tongkonan di mana semua waris si mati berhimpun. - AFP
Seorang gadis bergambar dengan mayat-mayat yang dikumpulkan di rumah adat Tongkonan di mana semua waris si mati berhimpun. - AFP

Dia kemudian menguruskan mayat berkenaan dengan memberikannya persalinan baharu sebelum mengebumikannya.

Sejak kejadian tersebut, rezeki Pong Rumasek dikatakan mencurah-curah dan kerap mendapat hasil buruan.

Artikel Berkaitan:

Dalam ritual ‘Manene’, mayat yang dikeluarkan dari keranda biasanya akan dibacakan doa dalam bahasa Toraja kuno.

Mayat kemudian diangkat dan mula dibersihkan dari atas kepala hingga ke hujung kaki dengan menggunakan kain bersih.

Setelah itu, barulah mayat tersebut dipakaikan baju baharu dan dibawa bersiar-siar atau dikumpulkan di rumah adat Tongkonan di mana semua waris si mati berhimpun.

Selepas selesai dibawa bersiar-siar, mayat-mayat tersebut akan disimpan semula di Patane iaitu struktur menyimpan mayat yang telah dimumiakan.- Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!