Pakistan dan India berbalas tembakan di sempadan

Komander Sayap Abhinanda Varthaman ditawan tentera Pakistan selepas jetnya ditembak jatuh, Rabu lalu.
Komander Sayap Abhinanda Varthaman ditawan tentera Pakistan selepas jetnya ditembak jatuh, Rabu lalu.
A
A
A

SRINAGAR - JAMMU DAN KASHMIR. Ketegangan antara India dan Pakistan memuncak semalam apabila saling berbalas tembakan, menyaksikan sekurang-kurangnya tujuh orang di sempadan Kashmir terbunuh.

Seteru senjata nuklear melepaskan mortar dan meriam di antara satu sama lain meskipun selepas pembebasan juruterbang India yang ditembak oleh Pakistan tetapi kemudian dibebaskan sebagai “tanda damai”.

Dalam tempoh 24 jam menakutkan, dua tentera dan dua orang awam maut di sebelah Pakistan, kata pihak tentera.

Di sebelah India, seorang wanita dan dua anaknya meninggal dunia selepas rumah mereka terkena mortar. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!