'Malaysia negara besar sukan dalam masa 10 tahun'
DATUK Shahrul Zaman Yahya menyifatkan pemilihannya sebagai Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) pada Sabtu merupakan satu amanah serta tanggungjawab besar dan kepercayaan dalam kalangan ahli gabungan badan induk persatuan sukan kebangsaan tersebut.
Ini kerana menurut Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) itu, beliau mempunyai visi dan misi untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara besar dalam sukan dunia dalam tempoh 10 tahun.
Sehubungan itu katanya, ia perlu diusahakan bersama kepimpinan baharu di bawah pimpinan Tan Sri Mohamad Norza Zakaria bagi menjadikannya realiti dalam tempoh tersebut.
“Syukur atas pemilihan ini dan saya terharu dengan sokongan dan kepercayaan yang diberikan rakan perwakilan sukan di negara ini. Visi dan misi saya adalah untuk menyaksikan Malaysia menjadi sebuah negara besar sukan dalam masa 10 tahun lagi dengan menyediakan ekosistem yang komprehensif dan kondusif di negara ini.
“Saya akan bekerjasama dengan Tan Sri Norza selaku presiden, Datuk Hamidin selaku timbalan dan rakan lain yang dipilih menganggotai ahli lembaga eksekutif MOM ini.
“Kemenangan ini bukan satu keistimewaan tetapi satu tanggungjawab untuk kami semua mencari jalan bagi mempertingkatkan lagi sukan di negara ini,” kata Shahrul Zaman dalam satu hantaran video pada Sabtu.
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) 2021/2025
Presiden:
Tan Sri Mohamad Norza Zakaria
Timbalan Presiden:
Datuk Hamidin Mohd Amin
Naib-naib Presiden:
Datuk Shahrul Zaman Yahya
Datuk Mumtaz Jaffar (Wanita)
Datuk Chong Kim Fatt
Datuk Nur Azmi Ahmad
Datuk Megat Zulkarnain Omardin
Setiausaha Agung:
Datuk Mohd Nazifuddin Mohd Najib
Penolong Setiausaha Agung (Lelaki):
Chan Foong Keong
Penolong Setiausaha Agung (Wanita):
Moira Tan Siew See
Bendahari:
Datuk Ahmad Feisal Ahmad Tajuddin
Penolong Bendahari:
Datuk Mohd Nasir Ali
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!