Southgate respek kematangan Sterling, Bellingham

Penyokong Hungary membaling objek terhadap Sterling apabila pemain tersebut secara selamba meraikan jaringan pembukaan The Three Lions di Puskas Arena, Budapest. - Foto AFP
Penyokong Hungary membaling objek terhadap Sterling apabila pemain tersebut secara selamba meraikan jaringan pembukaan The Three Lions di Puskas Arena, Budapest. - Foto AFP
A
A
A

PENGENDALI England, Gareth Southgate memuji kematangan luar biasa dipamerkan Raheem Sterling dan Jude Bellingham ketika berdepan kecaman berbentuk perkauman daripada penyokong Hungary.

Penyerang Manchester City dan pemain tengah Borussia Dortmund tersebut menjadi sasaran segelintir penyokong tuan rumah yang melakukan chant monyet terhadap kedua-dua permain tersebut.

Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) sebelum ini pernah memerintahkan Hungary bermain tiga perlawanan di stadium kosong setelah kelakuan diskriminasi peminatnya pada Euro 2020.

Pemain England juga menjadi sasaran balingan pelbagai objek selain diprovokasi oleh penyokong tuan rumah ketika anak buah Southgate melutut sebelum perlawanan sebagai tanda menyokong gerakan 'Black Lives Matter'.

"Sejujurnya, saya tidak tahu sudah berapa banyak kem dalam tempoh empat tahun terakhir tetapi saya percaya telah membicarakan perkara ini hampir setiap kali pemain England bersama.

"Saya hanya dapat mengulangi bahawa pemain England sangat matang terutama dalam cara menghadapinya. Saya percaya mereka berasa disokong oleh rakan sepasukan mereka, yang mana sangat penting bagi mereka.

"Kami tahu ini akan memakan masa dan kami tahu bahawa terasa sangat perlahan bagi semua orang, tetapi kami harus terus berjuang dalam pertempuran itu," katanya.

Pada perlawanan Kumpulan I Piala Dunia, England tidak berdepan masalah membelasah Hungary 4-0 di Puskas Arena, Budapest.

Artikel Berkaitan:

England yang kini memimpin kumpulan dengan 12 mata selepas mengharungi empat perlawanan akan menentang Andorra pada tengah malam Isnin.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!