Salah minta naik gaji RM2.874 juta seminggu

SALAH
SALAH
A
A
A

PENYERANG Liverpool, Mohamed Salah dilaporkan meminta kenaikan gaji £500,000 (RM2.874 juta) seminggu untuk terus kekal di Anfield.

Memetik laporan The Mirror, kontrak Salah bersama liverpool berbaki kurang dua tahun dengan pengendali Liverpool, Jurgen Klopp terdesak untuk mengekalkan khidmat pemain kelahiran Mesir itu bersama The Reds.

Pemain berusia 29 tahun itu juga sudah menjadi antara penerima gaji tertinggi di Anfield selepas cemerlang menjadi antara penjaring terbanyak kelab itu.

Dia menerima £200,000 (RM1.149 juta) seminggu ketika ini dan jika permintaan Salah itu dipenuhi, ia menjadikan pemain dengan gaji yang tertinggi pernah dibayar oleh kelab tersebut.

Beberapa kelab gergasi dunia seperti Real Madrid dan Barcelona juga memantau rapat situasi Salah dan berminat untuk menandatangani pemain itu.

Bagaimanapun, Liverpool dilaporkan sedia menawarkan kenaikan gaji kepada Salah namun berkemungkinan besar tidak akan memberikan jumlah sama seperti yang diminta oleh Salah.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!