Pantai Batu Ferringhi
Pengunjung dalam negeri melakukan aktiviti beriadah bersama keluarga pada cuti hujung minggu di Pantai Batu Ferringhi hari ini.
Aktiviti berkelah dan perkhemahan adalah antara aktiviti yang telah dibenarkan oleh kerajaan namun tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung penularan Covid-19, iaitu hanya membenarkan individu yang sudah lengkap vaksinasi Covid-19.
Walaupun pelbagai kelonggaran diberi oleh pihak kerajaan bagi merancakkan lagi sektor ekonomi, namun orang ramai diingatkan untuk sentiasa patuh pada prosedur operasi standard (SOP) sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengawal jangkitan Covid-19. - Foto Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!