Polis buru tiga tahanan lari dari PKRC

Tahanan diburu selepas bertindak melarikan diri dari PKRC Dewan Arena Tawau, Jalan Utara, Tawau.
Tahanan diburu selepas bertindak melarikan diri dari PKRC Dewan Arena Tawau, Jalan Utara, Tawau.
A
A
A

TAWAU - Tiga tahanan sedang diburu polis selepas bertindak melarikan diri dari Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Dewan Arena Tawau, Jalan Utara, tengah malam Ahad.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, tiga suspek warga asing dikenali sebagai Niko Matheus, 25; Jimnajir Annor, 23; dan Hasyim Muhamad Syata, 34, melarikan diri melalui tingkap tandas.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, ketiga-tiga tahanan itu disahkan positif Covid-19 dan ditempatkan di PKRC di daerah ini.

"Bagaimanapun, mereka melarikan diri melalui tingkap tandas PKRC berkenaan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Peter berkata, susulan itu polis melancarkan operasi Op Tutup dan Op Kesan bagi memburu semua suspek.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!