Pemancing tangkap ikan bertaring di AS

Seorang pemancing, Mike Powell (kanan) menangkap ikan berkepala ular dan bertaring (kiri) di sebuah tasik di Boston baru-baru ini. - Foto WCVB TV
Seorang pemancing, Mike Powell (kanan) menangkap ikan berkepala ular dan bertaring (kiri) di sebuah tasik di Boston baru-baru ini. - Foto WCVB TV
A
A
A

BOSTON - Seorang lelaki di Masaachusetts Amerika Syarikat (AS) berjaya menangkap seekor ikan dengan muka haiwan itu kelihatan ganjil di sebuah tasik di Boston baru- baru ini.

Pemancing itu, Mike Powel menangkap hidupan laut yang dikenali sebagai ikan berkepala ular atau 'frankenfish" di tasik itu.

Ikan tersebut mempunyai taring dan seberat hampir 2.72 kilogram itu dipercayai bukan berasal dari Amerika Utara dan diharamkan di AS.

Powell terpaksa bertarung dengan ikan tersebut yang sepanjang lebih 70 sentimeter sebelum berjaya menangkapnya.

Keluarga ikan berkepala ular itu pada kebiasaannya terdapat di Asia dan antaranya yang termasuk dalam keluarga itu ialah ikan toman dan haruan.

Bagaimanapun Powell dipercayai melepaskan semula ikan berkenaan ke dalam tasik tersebut.

Beberapa pegawai di Masaachusetts sebelum ini menasihatkan orang ramai yang berjaya menangkap ikan

'frankenfish" supaya membunuhnya dan memberitahu pihak berkuasa. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!