Kenangan terindah Paralimpik Tokyo 2020

Jalur Gemilang dibawa masuk ke Stadium Olimpik, sempena upacara penutup Sukan Paralimpik Tokyo 2020, pada Ahad. - Foto Majlis Sukan Negara Malaysia.
Jalur Gemilang dibawa masuk ke Stadium Olimpik, sempena upacara penutup Sukan Paralimpik Tokyo 2020, pada Ahad. - Foto Majlis Sukan Negara Malaysia.
A
A
A

KEJAYAAN merealisasikan sasaran tiga pingat emas selain berjaya membawa pulang dua pingat perak pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 disifatkan sebagai pencapaian hebat buat kontinjen para negara.

Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) yang juga ketua kontinjen negara, Datuk Seri Megat Shahriman Zaharuddin berkata, prestasi memberangsangkan itu adalah hasil kerja keras kesemua atlet terbabit dalam usaha menghasilkan kejayaan buat negara.

“Syukur alhamdulillah, kita berjaya capai sasaran tiga emas dan dua perak pada temasya paralimpik kali ini. Ia satu keputusan yang luar biasa buat kontinjen negara.

“Ia juga merupakan pencapaian yang sangat baik dalam sejarah negara dan saya percaya kesemua atlet telah pamer kesungguhan mereka pada temasya Paralimpik kali ini.

“Bagi saya ini adalah hadiah teristimewa dan disifatkan sebagai hadiah paling bermakna sempena sambutan kemerdekaan kita yang ke-64,” katanya kepada Sukan Sinar pada Ahad.

Malaysia meraih pingat emas menerusi atlet powerlifting, Bonnie Bunyau Gustin, Cheah Liek Hou (badminton SU5) dan Abdul Latif Romly (lompat jauh T20) manakala pingat perak disumbangkan oleh Jong Yee Khie (powerlifting) dan Chow Wei Lun (Boccia BC1).

Megat Shahriman berharap kecemerlangan atlet para negara bakal berterusan bagi melakar lebih banyak kejayaan buat kontinjen negara pada masa hadapan.

“Kesemua atlet telah buat yang terbaik. Mereka telah berkorban, berlatih, bekerja keras dan hasilnya mereka telah memberikan 'the most sweetiest gift' kepada rakyat Malaysia.

Artikel Berkaitan:

“Walaupun ada sedikit kontroversi yang berlaku, namun ia dilihat sebagai perkara yang akan mendewasakan dan seterusnya membakar semangat atlet untuk melakukan yang lebih baik nanti,” katanya

Sementara itu, Sukan Paralimpik Tokyo 2020 yang melabuhkan tirainya di Stadium Olimpik pada Ahad menyaksikan China muncul juara keseluruhan temasya kali ini apabila meraih 96 pingat emas, 60 perak dan 51 pingat gangsa.

Great Britain pula kedua dengan 41 pingat emas, 38 pingat perak dan 45 pingat gangsa.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!