Generasi guna disket komputer

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

ANDA pernah lihat benda ini? Ya. Ini Logo save icon di dalam Microsoft Word. Nama sebenar adalah disket atau Floppy A. Ia wujud sekitar 90-an.

Jika anda pernah menggunakan ia sewaktu bekerja dahulu, ini bermaksud anda sudah boleh memikirkan untuk menyaring kesihatan anda. Jumpa la doktor berdekatan anda.”

Posting di atas dinaikkan di Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia pada Ahad dengan menunjukkan gambar disket komputer berserta senarai penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, TB, kolestrol, kanser dan penyakit berbahaya lain.

Apa yang ingin disampaikan ialah generasi yang pernah menggunakan disket sudah berusia dan perlu berjumpa dengan doktor untuk membuat pemeriksaan kesihatan.

Merak Jalanan yang tergolong dalam kategori itu. Walaupun Alhamdulillah masih sihat tidak dijangkiti dengan penyakit-penyakit kronik, banyak petanda yang menunjukkan Merak Jalanan sudah masuk kategori perlu berwaspada dengan kesihatan.

Pertamanya kawan-kawan seusia sudah ada yang menemui Maha Pencipta disebabkan menghidap penyakit kronik.

Stamina diri pula makin merosot dan tidak mampu bersukan seperti sewaktu muda-muda. Berlari tidak sampai 10 minit sudah mengah. Bahagian anggota badan pula sudah menunjukkan tanda- tanda penuaan.

Misalnya pada minggu lalu apabila mahu membuat rawatan gigi, doktor gigi berulang kali menyebut gigi Merak Jalanan sudah tua dan mudah rosak. Tampalan gigi juga sudah tidak mampu bertahan lama. Kena bersedia untuk guna gigi palsu.

Rambut yang dahulunya hitam sudah bertambah uban dan kepala semakin hari semakin botak. Dan yang paling terkesan setiap kali pergi ke kedai walaupun dengan memakai pelitup muka, cashier akan memanggil Merak Jalanan dengan panggilan pak cik!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!