Dua maut, kenderaan terputus dua selepas langgar pokok

Kenderaan terbabit didapati terputus dua mengakibatkan lelaki berkenaan bersama seorang penumpang wanita maut di tempat kejadian. - Foto Awani
Kenderaan terbabit didapati terputus dua mengakibatkan lelaki berkenaan bersama seorang penumpang wanita maut di tempat kejadian. - Foto Awani
A
A
A

MIRI - Dua individu maut dalam nahas melibatkan sebuah kenderaan di Jalan Kuala Baram Bypass di sini, semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, laporan kejadian diterima sekitar jam 10.05 malam Ahad dan terus mengerahkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng ke lokasi.

Katanya, nahas membabitkan sebuah kenderaan dipandu seorang lelaki yang dipercayai terbabas sebelum melanggar sebuah pokok.

Kenderaan terbabit didapati terputus dua mengakibatkan lelaki berkenaan bersama seorang penumpang wanita maut di tempat kejadian.

Pemandu dikenalpasti sebagai Mika Barnabas Small, 45, manakala wanita berkenaan belum dapat dikenal pasti identitinya.

"Mangsa melanggar sebatang pokok mengakibatkan kenderaan tersebut terputus dua.

"Setibanya anggota bomba di lokasi, terdapat dua orang mangsa masih berada di dalam kenderaan tersebut.

"Setelah membuat pemeriksaan bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa daripada kenderaan tersebut dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk pengesahan status mangsa," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Mayat mangsa kemudianya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Punca kemalangan masih dalam siasatan. - Awani

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!