PBB kecam rampasan kuasa di Guinea
NEW YORK - Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Ahad mengecam cubaan rampasan kuasa di Guinea dan menggesa pembebasan Presiden Alpha Conde, lapor Xinhua.
"Saya secara peribadi mengikuti perkembangan keadaan di Guinea.
"Saya mengecam sekeras-kerasnya tindakan menggunakan senjata api untuk rampas kuasa,” ciap Guterres. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!