'Saya sangat perlukan wang, terima kasih kerajaan atas bantuan'

Orang ramai beratur menunggu giliran untuk mengambil baucar tunai BKC di BSN Cawangan Triang, Bera pada Isnin. (Natasya, Azmi, C Macap)
Orang ramai beratur menunggu giliran untuk mengambil baucar tunai BKC di BSN Cawangan Triang, Bera pada Isnin. (Natasya, Azmi, C Macap)
A
A
A

BERA - "Saya nak terus pergi beli barang dapur selepas dapat duit Bantuan Khas Covid-19 (BKC) ini," kata ibu tunggal, Natasya Roslan, 31, yang mengakui terdesak selepas duit gajinya habis dibelanjakan untuk bayaran pinjaman dan keperluan lain.

Dia yang bekerja di sebuah stesen minyak di sini lega kerana dipilih antara penerima BKC di Bank Simpanan Nasional (BSN) Cawangan Triang di sini pada Isnin.

Ibu kepada tiga anak berusia enam hingga 14 tahun itu bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan kerana pemberian itu ketika dia amat memerlukan wang untuk perbelanjaan keluarga.

"Ketika ini saya sangat memerlukan wang dan sanggup mengambil cuti," katanya ketika ditemui di BSN Cawangan Triang.

Timbalan Menteri Kewangan 1, Mohd Shahar Abdullah dan Pengarah BSN Pahang, Shahrul Anuar Hamid turut hadir memantau situasi di BSN dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Sementara itu, bagi seorang warga emas, C Macap,75, dari Felda Mayam di sini gembira kerana penantian rakyat berakhir sejak bantuan khas itu diumumkan kerajaan pada Jun lalu.

Seorang tukang rumah, Azmi Mamat, 48 dari Kerayong Makmur memberitahu, bantuan itu amat ditunggu-tunggu kerana sepanjang pandemik pendapatan bulanannya terjejas teruk.

Bapa kepada empat anak berusia yang berusia 4 hingga 17 tahun itu itu mengakui dia boleh mendapat upah kira-kira lebih RM1,000 dan kini secara purata kira-kira RM600 sebulan.

Artikel Berkaitan:

"Memang dengan BKC ini boleh membantu saya untuk keperluan keluarga," katanya.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan Isnin merupakan hari pertama BKC di seluruh negara disalurkan kepada mereka yang layak.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!