Salon rambut tawar khidmat seks diserbu

Antara yang ditahan dalam serbuan dilakukan pada petang Ahad.
Antara yang ditahan dalam serbuan dilakukan pada petang Ahad.
A
A
A

NIBONG TEBAL - Tiga wanita warga asing yang berselindung di sebalik premis salon rambut dengan menawarkan perkhidmatan seks di Jalan Nibong Tebal di sini diserbu oleh sepasukan anggota dari Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7), Ibu Pejabat Polis Kontijen Pulau Pinang pada petang Ahad.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Rahimi Ra'ais berkata, serbuan yang dilakukan jam 4.30 petang itu hasil risikan dan maklumat awam berkaitan aktiviti tidak bermoral yang dilakukan kumpulan wanita itu dengan menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan tetap.

Menurutnya, kegiatan persundalan itu beroperasi di premis yang telah diubah suai itu dibuka melalui pintu belakang bagi mengelakkan aktiviti mereka dihidu oleh pihak berkuasa.

"Pelanggan akan menghubungi penjaga melalui aplikasi ‘Whatsapp’ dan membuat tempahan bagi mendapatkan perkhidmatan sebelum datang ke premis itu.

"Ketika serbuan dibuat tiga wanita warga asing yang berumur antara 22 tahun hingga 25 tahun sedang leka melayan tiga pelanggan yang berumur antara 43 tahun hingga 48 tahun yang berada di dalam premis itu,"katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Isnin.

Rahimi berkata, dalam serbuan itu polis turut menahan seorang perempuan warga tempatan berusia 48 tahun yang merupakan pemilik premis tersebut.

Katanya, kesemua tangkapan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan untuk tindakan lanjut.

"Kesemua tangkapan disiasat dibawah Seksyen 372A Kanun Keseksaan, Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Peraturan Pencegahan Penyakit Berjangkit dan Seksyen 269 Kanun Keseksaan,"katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!