LHDN agih 1,700 bakul makanan di tiga negeri

Sabin (kiri) menyerahkan sumbangan bakul makanan dari LHDNM kepada Mohd Ajib mewakili JAWI untuk agihan kepada penduduk di sekitar Kuala Lumpur.
Sabin (kiri) menyerahkan sumbangan bakul makanan dari LHDNM kepada Mohd Ajib mewakili JAWI untuk agihan kepada penduduk di sekitar Kuala Lumpur.
A
A
A

SHAH ALAM - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerusi Program CSR Hasil Prihatin menyerahkan sebanyak 1,700 bakul makanan untuk diagihkan di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Sarawak pada Isnin.

LHDN menerusi satu kenyataan memaklumkan, sebanyak 300 bakul makanan diserahkan kepada wakil-wakil penduduk untuk diagihkan kepada penerima dan majlis penyerahan di Kuala Lumpur berlangsung di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Menurut kenyataan tersebut, majlis tersebut disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Seri Dr Sabin Samitah dan dihadiri oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Mohd Ajib Ismail, dan Pengarah LHDN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Mohamad Zain Mohamad Said.

Selain Kuala Lumpur, LHDN turut mengagihkan 1,000 bakul makanan untuk diagihkan kepada penduduk yang terjejas akibat pandemik Covid-19 di daerah Barat Daya, Timur Laut, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Selatan dan Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang.

“Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) LHDN, Datuk Dr Sotimin Muhalip, bersama-sama Pengarah LHDN Pulau Pinang, Datuk Abdul Khalid Yunus, dan warga LHDN Pulau Pinang membantu wakil-wakil penduduk dalam Program CSR Hasil Prihatin di Masjid Al-Bukhary, Lebuh Sungai Pinang 1,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Sabin (dua dari kiri) menyampaikan bakul makanan kepada salah seorang penerima bakul makanan di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Isnin.
Sabin (dua dari kiri) menyampaikan bakul makanan kepada salah seorang penerima bakul makanan di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Isnin.

Dalam pada itu, pelaksanaan Program CSR Hasil Prihatin di Sarawak turut mendapat kerjasama Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak dan berlangsung di Ruang Legar Utama, Masjid Bandaraya Kuching

Menerusi program tersebut, sebanyak 400 bakul makanan diagihkan kepada wakil-wakil penerima sumbangan di sekitar kawasan tersebut.

Artikel Berkaitan:

Turut hadir dalam program berkenaan ialah Pegawai Kewangan Persekutuan Sarawak, Mohd Saiful Sungkih Abdullah;, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak, Datuk Abang Abdul Wahab Abang Julai dan Pengarah LHDN Sarawak, Abang Ehsan Abang Abu Bakar.

Sementara itu, LHDN memaklumkan sebanyak 7,770 bakul makanan diagihkan di seluruh negara setakat ini dan usaha tersebut akan diteruskan sebagai komitmen LHDN meringankan bebanan segenap lapisan rakyat.

Mohd Saiful Sungkih (duduk, tengah) bersama Abang Abdul Wahab (duduk, dua dari kanan), Abang Ehsan (duduk, dua dari kiri) serta wakil-wakil penerima sumbangan dalam Program CSR Hasil Prihatindi Masjid Bandaraya Kuching.
Mohd Saiful Sungkih (duduk, tengah) bersama Abang Abdul Wahab (duduk, dua dari kanan), Abang Ehsan (duduk, dua dari kiri) serta wakil-wakil penerima sumbangan dalam Program CSR Hasil Prihatindi Masjid Bandaraya Kuching.

“Program CSR Hasil Prihatin dilancarkan oleh menteri kewangan pada Julai lalu adalah tanda keprihatinan dan tanggungjawab sosial LHDN dalam membantu rakyat yang memerlukan bantuan khususnya golongan yang terjejas akibat penularan wabak Covid-19.

“Program ini juga merupakan usaha berterusan LHDNM dalam memberikan sokongan kepada golongan rentan agar mereka tidak rasa terpinggir,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!