Hampir 69 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi
KUALA LUMPUR - Sebanyak 68.8 peratus atau 16,107,712 individu daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 setakat Isnin, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).
JKJAV menerusi perkongsian infografik di laman Twitter rasminya pada Selasa memaklumkan sebanyak 313,751 dos vaksin Covid-19 melibatkan 132,640 dos pertama dan 181,111 dos lengkap diberikan pada Isnin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).
“Sebanyak 20,677,827 individu atau 88.3 peratus populasi dewasa Malaysia sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19 setakat Isnin,” demikian menurut JKJAV.
PICK dilancarkan pada 24 Februari lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!