83 peniaga di Selangor terima pembiayaan 'Go Digital'

 Amirudin
Amirudin
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai 83 peniaga di Selangor menerima Skim Pembiayaan Go Digital bagi membolehkan peniaga melebarkan potensi jualan mereka secara dalam talian ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, skim itu membolehkan penerima memperoleh pembiayaan mencecah maksimum RM5,000.

Pada masa sama, beliau berkata, inisiatif itu juga selaras dengan agenda digitalisasi Selangor dalam mewujudkan ekosistem perniagaan pintar.

"Semoga inisiatif ini dapat membantu jualan para peniaga terus berjalan secara maya walaupun dengan pelbagai sekatan aktiviti ekonomi sewaktu PKP," katanya menerusi kenyataan dan info grafik yang dimuat naik di Facebook beliau pada Isnin malam.

Pada 10 Februari lalu, kerajaan Selangor melancarkan Go Digital khusus bagi membantu usahawan sedia ada melonjak perniagaan mereka ketika berdepan tempoh sukar akibat Covid-19.

Skim itu menyasarkan seramai 3,000 peniaga dengan menyediakan pinjaman pembelian alat telekomunikasi seperti gajet dan tablet untuk memasarkan produk serta perkhidmatan secara meluas.

Maklumat lanjut boleh didapati melalui www.hijrahselangor.com

Artikel Berkaitan: