Kanak-kanak 6 tahun hilang ditemui lemas dalam lombong

Lokasi mangsa ditemui terapung di sebuah lombong berhampiran kediamannya di Taman Kinta Baru, Gopeng pada Selasa. (Gambar kecil: Muhammad Fayyadh Ukasyah)
Lokasi mangsa ditemui terapung di sebuah lombong berhampiran kediamannya di Taman Kinta Baru, Gopeng pada Selasa. (Gambar kecil: Muhammad Fayyadh Ukasyah)
A
A
A

GOPENG - Kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun yang dilaporkan hilang di kawasan perumahannya di Taman Kinta Baru di sini sejak petang Isnin ditemui meninggal dunia dipercayai akibat lemas dalam sebuah lombong.

Muhammad Fayyadh Ukasyah Abdul Wahid yang mengalami masalah hyper aktif, kurang pendengaran dan tidak boleh bercakap ditemukan pada jam 9.45 pagi pada Selasa kira-kira 80 meter dari rumahnya.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Hasron Nazri Hashim berkata, pasukan operasi mencari dari Balai Polis Gopeng telah menemui mangsa dalam keadaan terapung di tepi sebuah lombong.

"Mayat mangsa dibawa naik oleh anggota bomba dan pemeriksaan awal pada fizikal mangsa mendapati tiada tanda menunjukkan unsur jenayah," katanya.

Menurutnya, pengecaman mayat telah dibuat oleh keluarga mangsa sebelum dihantar ke Hospital Kampar untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

ARTIKEL BERKAITAN: Kanak-kanak 6 tahun hilang

ARTIKEL BERKAITAN: Kanak-kanak 6 tahun hilang belum ditemui

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!