Anak beranak teruja hias rumah sempena Hari Malaysia

Sahar, Maimun dan anaknya, Siti Suzana(tengah) dan Fakhrul di hadapan kediaman keluarga itu yang meriah dan ceria dengan Jalur Gemilang.
Sahar, Maimun dan anaknya, Siti Suzana(tengah) dan Fakhrul di hadapan kediaman keluarga itu yang meriah dan ceria dengan Jalur Gemilang.
A
A
A

JENGKA - Sebuah keluarga di Felda Jengka 23 bersemangat menghias kediaman mereka sempena Hari Malaysia pada 16 September ini.

Sahar Noh, 67 dan isterinya, Maimun Omar, 59 memilih konsep payung mahkota dan bunga raya sebagai hiasan pada tahun ini.

"Replika payung mahkota membawa maksud rakyat hidup sejahtera di bawah lindungan Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara Malaysia. Bunga raya pula adalah bunga kebangsaan negara kita yang menjadi aspirasi untuk mempertahankan negara kita daripada musuh.

"Saya membelanjakan lebih RM1,000 untuk menghias halaman rumah dengan Jalur Gemilang dan bendera negeri," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Sahar dan Maimun serta cucunya, Fakrul Syazwan Mohd Fahmi, 20 bulan bersama kereta yang turut dihiasi dengan Jalur Gemilang.
Sahar dan Maimun serta cucunya, Fakrul Syazwan Mohd Fahmi, 20 bulan bersama kereta yang turut dihiasi dengan Jalur Gemilang.

Walaupun situasi pandemik Covid-19 di negara ini masih belum reda, namun Sahar dan keluarganya tidak sesekali melupakan tarikh 16 September yang begitu bermakna dalam sejarah negara.

"Selain menghiasi kawasan rumah, puluhan Jalur Gemilang juga dipasang atas sebuah kereta dan beberapa buah basikal," katanya.

Sebelum itu keluarga Sahar menjuarai pertandingan rumah patriotik peringkat Jengka 23 sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-64 pada 31 Ogos lalu.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, anak peneroka tersebut, Siti Suzana Sahar bersama adik kembarnya Siti Suhana Sahar,21, tidak pernah melupakan Hari Merdeka dan Hari Malaysia.

Ujar mereka, dua tarikh berkenaan adalah untuk mengenang dan menghargai tokoh yang berjasa kepada negara dan semangat itu sentiasa disuburkan oleh ibu bapa mereka antaranya menghias rumah dengan simbolik patriotik.

Pasangan kembar, Siti Suzana ( kanan ) dan Siti Suhana bersemangat menyambut Hari Malaysia pada 16 September ini.
Pasangan kembar, Siti Suzana ( kanan ) dan Siti Suhana bersemangat menyambut Hari Malaysia pada 16 September ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!