Kerajaan Selangor diharap bantu promosi produk anak tempatan
SHAH ALAM - Ketua pembangkang Selangor, Datuk Rizam Ismail berharap kerajaan negeri dapat membantu dan mempromosikan produk anak tempatan khususnya dari Sabak Bernam.
Menerusi kemaskini di laman Facebooknya pada Selasa, Rizam berkata, pihaknya turut berkesempatan mengunjungi Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari bagi membawa hadiah buah rock melon yang merupakan produk diusahakan anak tempatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Air Tawar.
Beliau berkata, kerajaan negeri memainkan peranan utama dalam usaha untuk memperkenalkan produk tempatan.
"Doakan semoga buah rock melon Sabak Bernam akan terus terkenal," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!