Industri e-Sukan perlu tetap peraturan

Boon Chye (dua, kiri) bersama-sama ahli panel dan moderator forum berkenaan.
Boon Chye (dua, kiri) bersama-sama ahli panel dan moderator forum berkenaan.
A
A
A

IPOH - Kerajaan mencadangkan pemain industri e-Sukan menetapkan sendiri peraturan berkaitan sukan elektronik.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, e-Sukan adalah satu aktiviti yang amat popular ketika ini dan kebanyakannya melibatkan golongan muda.

Menurutnya, trend e-Sukan itu sesuatu yang tak boleh dihalang dan perkara itu memerlukan peraturan khusus sebagai garis panduan.

"Yang paling penting supaya kita gariskan peraturan supaya mereka yang terlibat dalam e-Sukan ini tidak menjejaskan kesihatan dan fizikal mereka.

"Jadi saya menyeru mereka yang terlibat dalam industri e-Sukan supaya laksanakan peraturan tersebut untuk mengawal cara e-Sukan itu dilaksanakan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menjadi ahli panel dalam forum berkaitan Kesihatan e-Sukan sempena Persidangan Industri Profesional E-Sukan (EPIC) 2019 di Pusat Konvensyen Amanjaya di sini, hari ini.

Menurutnya, Malaysia juga harus mencontohi Filipina yang menjalankan anti-doping terhadap atlet e-Sukan mereka.

Dalam pada itu, Boon Chye berkata, kerajaan akan memantau secara dekat sejauh mana e-Sukan ini memberi kesan negatif kepada kesihatan.

Artikel Berkaitan:

"Jika ia memberi kesan serius, kerajaan akan lakukan sesuatu untuk mengatasinya," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!