Itik Australia boleh ajuk ayat dituturkan manusia

Itik musk yang terdapat di selatan Australia mempunyai kemampuan untuk mengajuk ayat yang dituturkan oleh manusia. - Foto Creative Commons/JJ Harison
Itik musk yang terdapat di selatan Australia mempunyai kemampuan untuk mengajuk ayat yang dituturkan oleh manusia. - Foto Creative Commons/JJ Harison
A
A
A

MELBOURNE - Sebahagian itik Australia dikatakan mampu untuk mengajuk percakapan yang dituturkan oleh manusia, menurut satu kajian yang dilakukan baru-baru ini.

Kajian itu mendapati seekor itik di kawasan simpanan alam semula jadi Tidbinbilla, selatan Canberra didapati mengulangi ayat 'you bloody fool' atau dalam bahasa Melayu bermaksud kamu sangat bodoh.

Ayat itu dirakamkan menerusi satu rakaman audio.

Seekor itik bernama Ripper yang dibesarkan di kawasan simpanan semula jadi itu menjadi bahan kajian para penyelidik tersebut.

Penemuan itu menyebabkan para penyelidik dari Universiti Leiden dan Australia percaya itik tersebut mengajuk percakapan si penjaganya.

Satu lagi rakaman audio menunjukkan Ripper boleh mengajuk bunyi pintu terbuka dan ditutup.

Penemuan itu juga menunjukkan itik jenis musk atau spesies 'Bizira lobata' yang mempunyai bentuk badan yang besar dan berasal dari selatan Australia mempunyai kemampuan mempelajari vokal serta mengajuk ayat seperti burung kakak tua. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!