Taliban umum kabinet baharu kerajaan sementara di Afghanistan

Zabihullah Mujahid bercakap ketika sidang media di Kabul, Afghanistan. - Foto AP
Zabihullah Mujahid bercakap ketika sidang media di Kabul, Afghanistan. - Foto AP
A
A
A

TALIBAN pada Selasa mengumumkan kabinet baharu bagi membentuk kerajaan sementara di Afghanistan.

Jurucakapnya, Zabihullah Mujahid pada sidang media berkata, kerajaan sementara itu akan diketuai oleh Mullah Hassan Akhund sebagai Perdana Menteri sementara.

Katanya, Mullah Abdul Ghani Baradar dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Mullah Mohammad Yaqoub dilantik sebagai Menteri Pertahanan dan Menteri Dalam Negeri ialah Serajuddin Haqqani, manakala Menteri Kewangan pula, Hedayatullah Badri.

Bagaimanapun, senarai penuh kabinet sementara ini belum diumumkan.

Sebelum ini, Taliban memberitahu bakal mengumumkan pembentukan kerajaan baharu di Afghanistan selepas kumpulan itu berjaya menawan Panjshir pada Isnin. - Awani

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!