Pelancong China diragut depan KLCC

Chen Yue Zhen cedera selepas begnya diragut lelaki bermotosikal.
Chen Yue Zhen cedera selepas begnya diragut lelaki bermotosikal.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang pelancong China cedera selepas begnya diragut lelaki bermotosikal di hadapan Menara Berkembar Petronas (KLCC) sekitar jam 4 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharuddin Abdullah berkata, dalam kejadian itu, mangsa, Chen Yue Zhen, 63, cedera di kepala dan bahagian kiri mukanya.

Menurutnya, mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.

"Mangsa mengalami kerugian wang ringgit, kad kredit (bank di China), serta barang peribadi termasuk pasport," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Shaharuddin menambah, berdasarkan keterangan yang diberikan oleh rakan mangsa, suspek menaiki motosikal jenis Yamaha berwarna hitam namun nombor platnya tidak dapat dikenal pasti.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!