Webinar Eksklusif CEO Bisnes Viral bongkar rahsia sukses jutawan
SHAH ALAM - Mingguan Wanita kali ini julung kalinya bakal menghimpunkan beberapa nama besar dalam dunia perniagaan bisnes viral tempatan bagi berkongsi pengalaman mereka menerusi sesi Webinar Eksklusif CEO Bisnes Viral.
Penganjur webinar tersebut dalam satu kenyataan pada Rabu mengajak orang ramai untuk menyaksikan usahawan Melayu yang dahulunya bukan siapa-siapa kini memiliki empayar perniagaan hebat setanding dengan usahawan bangsa Cina yang cukup handal dalam perniagaan.
“Siapa tidak kenal jenama Chocodap’s, Faith Fleur, Masak-masak Cekyana (oden viral), Teh Ais Pyorr, Anggun Cotton Collection dan banyak lagi jenama tempatan lain yang acap kali kita dengar iklan mereka di radio, di kaca televisyen, media sosial dan 'billboard' (papan iklan).
“Mereka ini adalah barisan usahawan milenium yang mempunyai pendekatan agresif dalam mengembangkan perniagaan dan hasilnya memang ramai yang mencapai taraf jutawan pada usia muda.
“Kita yang melihat tumpang gembira dan berbangga namun hanya mereka dan keluarga terdekat sahaja tahu susah senang mendaki puncak kejayaan.
“Ia bukan dicipta sehari dua sambil goyang kaki, tentu banyak pengalaman berharga mereka kutip sepanjang pendakian,” menurutnya.
Tambahnya, webinar itu bakal dimeriahkan dengan kehadiran pengacara bersama iaitu Coach Zul dan Master Noorul, pengasas bersama IQP Solution yang telah berjaya melatih lebih 25,000 usahawan dalam talian.
“Yuran penyertaan hanya RM25 bagi memberi peluang lebih ramai peserta mengenali mereka lebih dekat dan peserta turut berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah tajaan CEO yang menyertai webinar ini,” katanya.
Perkongsian eksklusif tersebut bakal berlangsung pada 25 September jam 2 hingga 6 petang secara dalam talian.
Antara CEO dan pengasas bisnes viral yang akan berkongsi pengalaman menarik dan rahsia kejayaan mereka adalah pengasas Teh Ais Pyorr, Muhamad Amle Rusbadrol; Pengasas Faith Fleur, Siti Mariam Abd Samad dan Pengasas bersama Chocodap’s, Farhan Zainuddin serta May Sarah.
Untuk menyertai webinar ini, daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-eksklusif-ceo-bisnes-viral/ atau sertai grup telegram WEBINAR EKSKLUSIF CEO BISNES VIRAL MINGGUAN WANITA https://t.me/joinchat/fX-QYg1QaRo3MmY9 dan untuk sebarang pertanyaan sila hubungi sekretariat di 019632875.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!