Sekretariat undi 18 BN mohon SPR buat persediaan
KUALA LUMPUR - Sekretariat Undi Automatik 18 Tahun Barisan Nasional (BN) berharap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan membuat persediaan untuk pengundi muda ke arah pelaksanaan Undi 18 sebelum 31 Disember ini.
Ketua sekretariat itu, Datuk C Sivarraajh mencadangkan SPR menganjurkan kelas pendidikan politik dan pentadbiran secara dalam talian melibatkan kerjasama rentas parti, di samping menggerakkan pelbagai inisiatif untuk menggalakkan pengundi muda untuk bersiap sedia.
“Sekretariat Undi Automatik 18 Tahun BN berharap semua pihak yang terlibat, terus mendukung dan menyokong usaha pemerkasaan hak anak muda demi ini masa hadapan masyarakat dan negara,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengarahkan SPR supaya bersiap sedia melaksanakan Undi 18 sebelum 31 Disember 2021 seperti yang diperintahkan Mahkamah Tinggi Kuching pada 3 September lepas. - Bernama
ARTIKEL BERKAITAN: Undi 18 perlu datang dengan ‘pakej’ pendaftaran automatik
Undi 18: SPR diarah laksana keputusan mahkamah
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!