Gempa berskala 7.1 gegar selatan Mexico
MEXICO CITY - Sekurang-kurangnya seorang maut selepas gempa bumi dengan kekuatan 7.1 pada skala Richter mengegarkan bandar Acapulco wilayah Guerrero, selatan Mexico pada Selasa, lapor Xinhua.
Gegaran turut dirasai di pusat bandar Mexico City, yang terletak ratusan kilometer (km) dari pusat gempa, menurut sumber rasmi.
Perkhidmatan seismologi Mexico menerusi ciapan Twitternya memaklumkan gempa berlaku pada 8.47 malam waktu tempatan, (0147 GMT) 11 km barat daya Acapulco, dengan kedalaman 10 km. -Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!