Finas disaran lindungi penggiat industri filem negara

 Annuar Musa - Foto Bernama
Annuar Musa - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) disaran supaya memainkan peranan yang lebih penting dalam melindungi kebajikan penggiat industri perfileman negara.

Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Tan Sri Annuar Musa menerusi ciapan di Twitter rasminya pada Rabu berkata, saranan itu diberikan dalam perbincangan bersama FINAS, semalam.

“FINAS juga perlu ‘reinvent’ (penjenamaan semula) imej mereka sebagai peneraju dalam pembangunan industri perfileman negara,” katanya.

Dalam pada itu, Annuar turut memaklumkan seramai 11,460 tenaga kerja syarikat produksi penerima Dana Kandungan Digital Finas bakal menerima caruman perlindungan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) Perkeso melalui inisiatif Caruman Tenaga Produksi di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih).

Beliau juga merakamkan penghargaan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Finas Ahmad Idham Ahmad Nadzri, yang menyampaikan pembentangan berkenaan Teras Pembangunan Industri Kreatif Negara melibatkan tadbir urus FINAS, struktur dan insentif yang telah disalurkan oleh KKMM melalui Finas. -Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!