Ahli akademik boleh bantu perkasa ekonomi negara

Malaysia sedang berhadapan dengan cabaran besar dalam aspek ekonomi disebabkan pandemik Covid-19, dan peranan ahli akademik sebagai saintis sosial adalah untuk membantu menyumbang kepada matlamat ekonomi negara. Gambar 123rf.
Malaysia sedang berhadapan dengan cabaran besar dalam aspek ekonomi disebabkan pandemik Covid-19, dan peranan ahli akademik sebagai saintis sosial adalah untuk membantu menyumbang kepada matlamat ekonomi negara. Gambar 123rf.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli akademik seharusnya membantu para pembuat dasar menampilkan pelbagai dasar serta langkah-langkah perlu dalam pentadbiran selain hanya mengetengahkan analisis teori, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau berkata, Malaysia sedang berhadapan dengan cabaran besar dalam aspek ekonomi disebabkan pandemik Covid-19, dan peranan ahli akademik sebagai saintis sosial adalah untuk membantu menyumbang kepada matlamat ekonomi negara.

Menurutnya langkah-langkah sedemikian amat diperlukan kerana ada banyak contoh yang menunjukkan bahawa dengan adanya jurang antara teori dan komponen praktikal, akhirnya ia menghasilkan dasar serta langkah-langkah yang tidak mencapai sasaran yang ditetapkan.

“Cabaran utama adalah untuk mewujudkan dasar-dasar yang boleh dijayakan dan langkah-langkah tertentu yang boleh dilaksanakan di peringkat akar umbi sebagaimana yang dirancang.

“Jadi, ahli akademik boleh membantu mengatasi cabaran utama ini dengan tidak hanya memikirkan sesuatu di peringkat teori sahaja tapi bantu menguji pelbagai dasar dan langkah-langkah yang dirumuskan,” katanya.

Tengku Zafrul berkata demikian semasa berucap dalam persidangan Global Education Conference and Postgraduate Colloquium 2021, yang membincangkan tajuk ‘Education in Crisis: Global Education Amidst the Pandemic and The Way Forward’ anjuran University Tun Abdul Razak, yang berlangsung secara maya hari ini.

Sementara itu, Tengku Zafrul berkata, isu berhubung kesihatan mental akan disentuh secara lebih terperinci dalam Belanjawan 2022, kerana kerajaan berusaha untuk mengukur kos isu-isu berkenaan terhadap ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

Beliau berkata, amalan kuantifikasi sedemikian akan membolehkan mereka menunjukkan ciri-ciri yang sangat jelas mengapa ukuran bagi kesihatan mental begitu tinggi. -Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!