GSC belum sedia buka pawagam, masih tunggu SOP
SHAH ALAM – Salah sebuah pengendali pawagam terbesar di Malaysia, Golden Screen Cinemas (GSC) mengumumkan pihaknya tidak akan beroperasi pada Khamis.
GSC menerusi Facebooknya berkata, pihaknya sedang menunggu prosedur operasi standard (SOP) penuh yang ditetapkan kerajaan berhubung pembukaan semula pawagam.
“Kami tidak akan membuka (pawagam) esok. Kami mahu memastikan bersedia dengan SOP ditetapkan daripada kerajaan dan mempunyai kandungan yang cukup untuk ditayangkan,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.
Pada Selasa, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan aktiviti panggung wayang dibuka mulai Khamis ini kepada individu lengkap vaksin dengan kapasiti 50 peratus di ruang dewan tayangan pawagam.
Tambah GSC, pihaknya menghargai kesabaran orang ramai dan meminta untuk menunggu kemas kini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!