Awas orang tengah palsu

 Tunku Ismail menyampaikan sijil kepada penerima dalam majlis berkenaan.
Tunku Ismail menyampaikan sijil kepada penerima dalam majlis berkenaan.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Rakyat di negeri ini diminta agar tidak terpedaya dengan sesetengah pihak yang cuba mengambil kesempatan terhadap permohonan Rumah Impian Bangsa Johor (RIBJ).

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ), Fadhly Suffian Laili berkata, pihaknya ada menerima laporan terdapat individu yang menipu pemohon dengan mengenakan bayaran tertentu.

Menurutnya, YSIJ mahupun pihak pemaju, Johor Corporation (Jcorp) tidak pernah melantik mana-mana ejen sebagai orang tengah.

"Kami difahamkan ada laporan polis yang telah dibuat namun kita masih belum mendapat laporan rasmi.

"Kita difahamkan ada caj yang dikenakan dan mangsa sudah pun bayar cuma tak pasti berapa ramai yang terlibat," katanya selepas Majlis Penyerahan Sijil Tawaran RIBJ Yayasan Sultan Ibrahim Johor, di sini, hari ini.

Sijil disampaikan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai wakil Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Sultan Iskandar.

Pada majlis berkenaan seramai 808 orang penerima RIBJ peringkat kedua menerima sijil masing-masing.

Hadir sama, Exco Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar, Sr Dzulkefly Ahmad, Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Azmi Rohani dan Ketua Eksekutif Johor Corporation (JCorp), Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim.

Artikel Berkaitan:

Fadhly berkata, pihaknya dimaklumkan perkara itu apabila ada sekumpulan mangsa hadir ke majlis tersebut untuk bertanya.

"Kita baru dapat tahu hari ini apabila mereka hadir ke majlis dan tanya. Lebih kurang 12 orang yang terlibat. Kalau ada laporan polis diterima, kami akan buat laporan polis juga.

"Saya harapkan mereka dapat buat laporan polis dan ke pejabat YSIJ segera untuk perbincangan kerana kita tak mahu perkara ini berlanjutan," katanya.

">

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!